Set Bersalin Maternity terdiri daripada 10 jenis produk di dalamnya, iaitu:
- Jus Jamu Moden Ladies Collagen
- Losyen Herba Cantik Semula
- Losyen Herba Sejuk Dingin
- Minyak Herba Ibu & Anak
- Sabun Pencerah Harum Gebu
- Pembersih Wanita Sireh Manjakani
- Rendaman Mahkota
- Tungku Moden Berherba
- Barut Moden Si Comel
- Sarung Berherba Tungku Moden
Jus Jamu Moden Ladies Collagen
- Diformulasi daripada herba, terbaik wanita yang membantu untuk menambah tenaga, meningkatkan-kecergasan, menaikkan seri wajah, mencantikkan kulit dan mengembalikan kedudukan asal.
- Baik untuk dalaman & lenguh badan.
Cara Penggunaan:
-
- Diambil mulai hari pertama sehingga habis pantang.
- 1-2 sudu plastik setiap kali pengambilan pagi dan malam sebelum tidur.
- Boleh diteruskan selepas habis pantang bagi kecantikan dalaman dan luaran wanita.
Losyen Herba Cantik Semula
- Diformulasi daripada 7 jenis herba yang membantu memberi kesan hangat dan mengembalikan badan ke bentuk asal.
- Sesuai disapu pada perut, pinggul, lengan serta bahagian badan yang berlemak dan menggeleber.
Cara Penggunaan:
-
- Sapu, rata dan urut secara perlahan-lahan sehingga meresap sebelum memakai BENGKUNG MODEN SI ANGGUN.
- Pada peringkat awal, sapukan sedikit sahaja bagi menyesuaikan kesan hangat.
Losyen Herba Sejuk Dingin
- Diformulasi daripada herba yang memberi kesan dingin yang amat selesa untuk menyejuk dan menyegarkan bahagian mata, dahi, kepala, lengan dan badan.
Cara Penggunaan:
-
- Sapu, rata dan urut secara perlahan sehingga meresap selepas pengunaan LOSYEN HERBA CANTIK SEMULA.
Minyak Herba Ibu & Anak
- Diformulasi daripada rumusan herba semulajadi yang baik untuk mengekalkan kesegaran ibu dan bayi serta melicin dan memelihara kecantikan kulit.
Cara Penggunaan:
-
- Sapu di bahagian perut, dada, belakang badan, betis, lutut, siku, pergelangan tangan dan tapak kaki bayi selepas mandi.
- Sesuai juga untuk kegunaan ibu.
Sabun Pencerah Harum Gebu
- Diformulasi daripada herba terpilih bersama Habbatus Sauda yang digunakan untuk membersih, memberi kesan hangat, menganjal, mengharum dan mengawet muda kulit badan.
Cara Penggunaan:
-
- Buihkan dengan pekat, lumur dan ratakan ke seluruh badan setiap kali mandian.
- Biarkan seketika dan bilas hingga bersih.
Pembersih Wanita Sireh Manjakani
- Sesuai digunakan untuk membersihkan kotoran pada bahagian keintiman wanita agar kekal sihat, segar dan selesa sepanjang hari.
Cara Penggunaan:
-
- Goncang dan picit buih pada tapak tangan.
- Kemudian ratakan pada bahagian vagina.
- Biarkan seketika dan bilas sehingga bersih.
- Untuk kesan optimum, boleh digunakan sehingga 2 kali setiap cucian.
Rendaman Mahkota
- Merupakan rendaman herba yang dirumus khas dengan bahan herba yang tinggi.
- Memberi rasa selesa, nyaman dan segar selepas digunakan.
- Penggunaannya juga membantu membersih secara mendalam dan menyingkirkan kotoran seperti lendir dan luka.
- la boleh digunakan dengan cara cebok, tangas atau rendaman.
Cara Penggunaan:
-
- Rendamkan ke dalam air panas atau suam.
- Biarkan seketika dan sedia untuk digunakan sama ada secara rendaman, tangas atau cebokan mengikut keselesaan.
- Untuk mendapatkan larutan pekat, rebus satu uncang ke dalam 1 liter air selama 15-20 minit dan biarkan sehingga suam sebelum digunakan.
Tungku Moden Berherba
- Tungku ini adalah dari jenis getah yang bermutu tinggi.
- la mempunyai saiz yang besar sesuai untuk ditungku pada badan atau pada kawasan yang diingini.
- Penggunaannya boleh membantu melancarkan peredaran darah, melegakan kesakitan, mengekalkan kehangatan dan membuang lebihan angin dari dalam badan.
Cara Penggunaan:
-
- Lipatkan bahagian kanan dan kiri tungku kehadapan sehingga bercantum.
- Kemudian masukkan tungku ke dalam sarung herba yang disediakan.
- Masukkan air panas sebanyak 2 liter ke dalam tungku.
- Gunakan permukaan yang berherba untuk dituam pada badan.
Barut Moden Si Comel
- Diperbuat daripada kain kapas untuk keselesaan bayi.
- Kain kapas membantu menjaga kesihatan kulit bayi, melindungi kulit bayi daripada kerengsaan disebabkan sentuhan atau geselan.
- Selain itu kain kapas mudah menyerap peluh dan sesuai dipakai ketika cuaca panas dan membantu tubuh bayi kekal hangat.
Cara Penggunaan:
-
- Balut Barut Moden Si Comel pada badan si manja anda.
- Ikat tali pada barut dengan kemas.
- Disarankan untuk menyapu Minyak Herba Ibu & Anak terlebih dahulu.
Reviews
There are no reviews yet.