Kelebihan Penggunaan Marine Essence Nourishing Body Scrub:
- Sesuai untuk digunakan pada kulit sensitif.
- Mengurangkan masalah jeragat pada kulit.
- Mengurangkan masalah jerawat pada kulit.
- Menjadikan tona kulit lebih sekata dengan penggunaan yang consistent.
- Memudarkan parut pada badan seperti parut demam campak (chicken pox), kudis, parut jerawat, stretch marks dan lain-lain.
- Mencerahkan bahagian celah badan yang telah gelap. Seperti celah ketiak, celah peha dan celah leher.
- Mengurangkan masalah selulit pada peha.
- Melembapkan kulit kering.
- Mengurangkan masalah kulit berminyak.
- Mencerahkan dan merawat kulit terbakar (sunburn).
- Menghilangkan masalah tumit kaki merekah. Tumit kaki akan menjadi lembut dan tidak kering.
- Mengurangkan kesan kedutan dan garis halus pada kulit. Kulit lebih remaja untuk jangka masa yang lama.
- Boleh digunakan pada kulit wajah untuk mengurangkan masalah blackheads dan whiteheads.
- Menanggalkan sel kulit mati yang boleh menyebabkan kulit nampak kusam.
Penggunaan Marine Essence Nourishing Body Scrub Disarankan:
- 2 kali dalam seminggu bagi yang mengalami masalah kulit berminyak.
- 1 kali dalam masa 2 minggu untuk yang mengalami masalah kulit sensitif dan kulit kering. Pastikan kulit tidak terlampau kering dan tidak mengalami masalah ruam pada kulit ketika hendak menggunakan scrub.
- Disarankan, ketika kulit sedang dalam keadaan baik, teruskan dengan mandian menggunakan scrub.
- 1 kali dalam seminggu bagi kulit jenis kombinasi.
- Marine essence nourishing body scrub sesuai digunakan pada waktu pagi atau malam.
- Untuk kesan yang lebih efektif, dan untuk merasakan ala-ala macam sedang dalam spa, you all boleh menggunakan scrub ketika mandi pada waktu malam. You all akan lebih relax dan lebih mudah untuk tidur. Kerana scub mandian ini mengandungi haruman pati yang boleh merehatkan badan dan untuk membuatkan badan you all bersedia untuk tidur.
Cara Penggunaan Marine Essence Nourishing Body Scrub Untuk Badan:
- Mandi dan bersihkan badan dengan sabun terlebih dahulu. Sangat disarankan menggunakan marine essence beauty bar / marine essence nourishing body wash untuk kesan maksimum.
- Pastikan seluruh badan dibasahi dengan air. Termasuk bahagian celah pelipat seperti ketiak, celah peha, leher dan lain-lain. Sangat disarankan untuk menggunakan air hangat / suam untuk membuka pori-pori kulit.
- Lapkan sedikit air yang ada pada badan menggunakan tuala bersih, bukan sehingga kering. Biarkan badan masih dalam keadaan lembap.
- Ambil sedikit marine essence nourishing body scrub menggunakan hujung jari dan letakkan pada tapak tangan.
- Percikkan sedikit air pada scrub tersebut. Kemudian, mulakan scrub dengan urutan memutar (bulatan) pada bahagian celah pelipat iaitu ketiak, celah peha, leher dan lain-lain. Utamakan bahagian yang mengalami kehitaman.
- Setelah itu, urutkan scrub pada bahagian badan yang lain dengan urutan memutar.
- Elakkan urutkan scrub pada bahagian kulit yang terdapat luka atau kulit yang sedang sensitif. Seperti pada kulit yang sedang mengalami masalah ruam. Setelah ruam hilang, bolehlah mengamalkan urutan scrub pada bahagian kulit tersebut.
- Biarkan scrub mengering terlebih dahulu pada badan selama 1 minit.
- Bilaskan scrub pada seluruh badan dengan air hangat / suam.
- Setelah itu, mandi dengan air biasa / air sejuk dan sedikit sabun untuk mencuci kulit sepenuhnya. Air sejuk digunakan untuk bertujuan menutup semula pori yang sudah terbuka.
- Lap badan sehingga betul-betul kering.
Cara Penggunaan Marine Essence Nourishing Body Scrub Untuk Wajah:
- Basuh muka dengan air bersih untuk membuka pori wajah selebarnya. Disarankan menggunakan air suam / hangat. Jika ada makeup, pastikan tanggalkan makeup terlebih dahulu sehingga bersih.
- Pastikan seluruh wajah mengena air termasuk bahagian dahi hingga kawasan anak rambut.
- Tidak perlu lap sehingga kering. Biarkan air basuhan muka tersebut.
- Ambil sedikit marine essence nourishing body scrub menggunakan hujung jari dan letakkan di tapak tangan.
- Percikkan sahaja air pada scrub tersebut untuk membuatnya sedikit cair.
- Lakukan urutan lembut 3 jari (jari hantu, jari manis dan jari kelingking) pada wajah dengan urutan memutar (bulatan) mulai dari bahagian tulang pipi menuju ke dagu. Selesai pada dagu, mulakan pula dari dahi termasuk bahagian anak rambut hingga ke seluruh wajah.
- Pastikan setiap bahagian wajah diurut selama 1 minit.
- Biarkan scrub pada wajah selama 1 minit.
- Bilas wajah dengan air dingin supaya lebih mudah menyingkirkan scrub pada wajah.
- Sambil membilas pastikan membuat sedikit urutan lembut sambil menyingkirkan kesan scrub sepenuhnya.
- Setelah selesai, lapkan secara perlahan dengan menepuk lembut pada wajah menggunakan tuala bersih.
- Setelah itu, boleh pakai pelembap wajah.
Reviews
There are no reviews yet.