Set Bersalin Tradisi Jamu Jelita terdiri daripada 8 jenis produk di dalamnya, iaitu:
- Air Selusuh (150ml)
- Jus Tradisi Wanita
- Sabun Nyaman
- Serbuk Nyaman
- Minyak Selesa
- Balm Hangat Berherba + Kolagen
- Tungku Herba Tradisi
- Rendaman Herba Manjakani
Air Selusuh (150ml)
- Digunakan secara tradisional untuk membantu melancarkan proses kelahiran, dan boleh dijadikn sebagai minuman atau mandian.
Cara Penggunaan:
-
- Diminum sebelum bersalin dan sebahagiannya boleh dicampurkan dengan air mandian.
Jus Tradisi Wanita
- Jus jamu moden berperisa Oren dan mengandungi 16-herba terpilih diperkaya dengan herba-herba tradisi wanita Kacip Fatimah, Manjakani, Akar Serapat, Pueraria Lobata & Pueraria Miririca.
Cara Pengambilan :
-
- Ambil Jus Tradisi mulai hari pertama hingga hari ke 13.
- Goncangkan sebelum diambil dan gunakan sudu plastik.
- Amalkan 1-2 sudu sebelum sarapan semasa perut kosong.
- Untuk kesan terbaik, amalkan 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam.
Balm Hangat Berherba + Kolagen
- Disapu sebelum menggunakan bengkung.
- Dihasilkan dari herba tapel yang sesuai disapu pada bahagian perut, pinggul, badan dan lengan yang membantu mencantikan tubuh badan.
Cara Penggunaan :
-
- Sapu rata dan urut secara melingkar / membulat sehingga meresap sebelum memakai bengkung.
- Pada peringkat awal, sapukan sedikit sahaja bagi menyesuaikan kesan hangat.
Sabun Nyaman
- Sabun yang dirumus dengan herba param dan digunakan untuk membantu membersihkan sel kulit mati, rekahan kulit serta bertindak dalam membersih, menganjal, mencantikan kulit, dan seterusnya. menghangatkan tubuh badan.
Cara Penggunaan :
-
- Buihkan Sabun Nyaman dengan pekat, lumur, ratakan dan urut secara membulat dari bahagian bawah ke atas.
- Biarkan seketika dan bilas sehingga bersih.
- Amalkan sekurang-kurangnya dua kali sehari.
- Elakkan terkena sekitar kawasan sensitif dan daerah keintiman wanita.
Minyak Selesa
- Sesuai di sapu pada bayi, ibu selepas bersalin dan orang dewasa.
- Dirumus dengan ramuan semulajadi berasaskan minyak pati untuk memberikan kesan aromaterapi dan urutan luar.
Cara Penggunaan :
-
- Sapu dan ratakan Minyak Selesa pada bahagian perut, dada, belakang badan, betis, lutut, siku, pergelangan tangan, sendi dan tapak kaki bayi selepas mandi.
Rendaman Herba Manjakani
- Diformulasi daripada ramuan dan herba terpilih khusus untuk wanita seperti manjakani, kunyit serai, limau purut dan limau nipis.
- Rendaman herba yang mempunyai 3 fungsi iaitu sebagai rendaman, tangas dan cebokan.
Cara Penggunaan :
-
- Rendamkan Rendaman Herba dalam air panas atau suam.
- Biarkan seketika dan sedia untk digunakan.
- Untuk mendapatkan larutan pekat, rebuskan 1 uncang ke dalam 1 liter air selama 15-20 minit dan biarkan suam
Serbuk Nyaman
- Formulasi Herba Pilis yang dirumus dan digunakan untuk membantu menyejukkan dan menyegarkan bahagian kepala.
Cara Penggunaan :
-
- Campurkan sedikit Serbuk Nyaman dengan air biasa.
- Kemudian sapu pada dahi setiap kali selepas mandi.
Tungku Herba Tradisi
- Boleh di pakai buat ibu dan bayi.
- Digunakan secara turun temurun untuk mengecutkan peranakan, menyihatkan urat-urat, mengempiskan perut, mengelakkan perut kembung, melancarkan pengaliran darah dan membuang angin dalam badan.
Cara Penggunaan :
-
- Tanggalkan plastik pada Tungku Herba Tradisi, kemudian masukkan ke dalam plastik yang disediakan dan ikat pada hujung plastik.
- Rebus tungku selama 10-15 minit dan sedia untuk digunakan.
- Setelah digunakan simpan di dalam peti sejuk.
- Rebus semula sekiranya hendak digunakan.
Reviews
There are no reviews yet.