About Us
Zizah The Legend Empire, sebuah syarikat tidak asing lagi dalam Industri Herba, Kesihatan, Kecantikan dan Kosmetik di Malaysia secara dalam talian (online).
Perniagaan yang bermula secara kecil-kecilan pada tahun awal tahun 2010 di Kuala Lumpur, kini terus maju mengorak langkah dalam memperkasakan ekonomi serta industri produk herba tempatan.
Konsep 3P (Pemborong, Pengedar, Peruncit) yang diterapkan oleh Zizah The Legend Empire, dimana di bawah satu bumbung di atas talian, pengunjung gedung diatas talian herba Zizah The Legend Empire kini boleh memilih lebih dari 6000 produk herba, kesihatan, kecantikan dan kosmetik yang asli, dari bermacam-macam jenama pada harga yang amat berpatutan.
Ini adalah kerana, disamping kami menghasilkan produk kami sendiri yang sememangnya berkualiti & laris di pasaran, kami juga menjadi rakan niaga berdaftar kepada pengeluar produk herba yang besar seperti D’Herbs, Vida Beauty, V’Asia, Sariayu, Mustika Ratu, Orang Kampung, Minsyam, Dunia Herbs, Nona Roguy, White Pearl, dan banyak lagi.
Kini Zizah The Legend Empire telah melancarkan website sendiri. Ia adalah satu platform yang di uruskan oleh kakitangan kami secara terus menerus. Tujuan utama kami adalah untuk memudahkan pelanggan-pelanggan untuk membeli dengan tidak perlu ‘Walk In’ di kedai kami terutamanya kepada mereka yang berada di tempat yang jauh. Segala produk yang diniagakan oleh pihak kami adalah original 100% ketulenannya.